Sejak kecil ,saya sering berangan -angan ingin membuat kek.Apalagi bila melihat kek yang cantik di kaca tv dan majalah.Malahan semasa di tingkatan enam ,saya memasang angan-angan ingin membuka kedai kek suatu hari nanti..
Tanpa diduga semasa mengandungkan puteraku yang ketiga,saya tiba-tiba ingin mencuba membuat kek yang mana resepinya diambil daripada kakak ipar ku.Kek paling mudah...menjadi...Semangat semakin berkobar-kobar ..akhirnya saya berjaya membuat kek coklat moist,kek lapis,mufin
,kek cawan bahkan tat gulung...hihihi...sukanya..
Tanpa diduga semasa mengandungkan puteraku yang ketiga,saya tiba-tiba ingin mencuba membuat kek yang mana resepinya diambil daripada kakak ipar ku.Kek paling mudah...menjadi...Semangat semakin berkobar-kobar ..akhirnya saya berjaya membuat kek coklat moist,kek lapis,mufin
Setelah melahirkan anak ketiga rezeki semakin mencurah-curah..tempahan tat gulung tahun pertama mencecah 15000 ribu keping...maklum nak raya...tahun ini adalah tahun keempat operasi tat gulung...seronok walaupun penat.
Kek ...mufin..kek cawan....macam mana pula???? Ha..... yang sebenarnya dari suka-suka dibawa ketempat kerja untuk menjamu kawan-kawan..akhirnya sentiasa mendapat tempahan samada majlis kenduri,perkahwinan,hantaran,harijadi dan juga untuk menjamu keluarga.
Apabila melihat hasil kek...umpama mimpi di dalam mimpi...daripada tak tahu kepada tahu sikit.Macam tak percaya....Buat masa ini saya belum pernah menghadiri mana-mana kelas kek..semuanya try and error...mungkin suatu hari nanti..belum berkelapangan...kepada kawan-kawan di luar sana jangan mudah putus asa..teruskan...belum cuba belum tahu kan? Nampak je susah ..tapi bila dah buat dan minat ..akhirnya menjadi...
Di sini ..ada beberapa gambar kek-kek buatan saya sendiri yang sempat saya upload...tidaklah cantik macam profesional....ada masa saya tambah lg ye...
No comments:
Post a Comment